PERBEZAAN ANTARA KILANG BERTARAF GMP DAN KILANG YANG TIDAK BERTARAF GMP

Borneo Rich Supplier merupakan kilang kosmetik yang bertaraf GMP. Pengiktirafan GMP penting untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan selamat. Apakah kelebihan menghasilkan produk kosmetik di kilang bertaraf GMP?

1. Kakitangan
Kakitangan di kilang kami terdiri daripada kakitangan yang berpengalaman dan terlatih. Ini dapat memastikan produk yang dihasilkan terjamin selamat dan berkualiti.

2. Pengekstrakan bahan
Bahan diekstrak dengan mengunakan fasiliti makmal yang lengkap dan diproses oleh ahli kimia yang berpengalaman.

3. Pengukuran
Pengukuran bahan mentah di kilang kami menggunakan penimbang berat elektronik, radas-radas makmal yang dikalibrasi, dan juga alat menguji pH produk untuk memastikan kestabilan produk terjaga.

4. Peralatan
Kilang kami dilengkapi dengan peralatan dan mesin yang sesuai untuk pemprosesan produk kosmetik.

5. Pengujian produk
Kilang kami dilengkapi dengan makmal dan fasiliti pengujian untuk tujuan ujian stabiliti dan mikrob untuk memastikan keselamatan produk sebelum dipasarkan.

6. Audit dalaman
Kilang berstatus GMP perlu memastikan setiap proses didokumentasikan. Ini membenarkan apa-apa kesilapan boleh dikesan semula sekiranya berlaku. Setiap kilang perlu membuat audit dalaman sendiri tanpa menunggu audit dari NPRA.

7. Premis
Premis kami terbahagi kepada beberapa bilik seperti bilik pemprosesan, bilik timbang, bilik produk siap dan bilik pembungkusan. Pembahagian bilik-bilik ini dapat memastikan produk dihasilkan diproses dengan effisyen.