BUAH PINGGANG ROSAK
Walaupun kita tidak menelan krim tersebut, krim yang kita sapu pada muka akan meresap masuk kedalam pembuluh darah. Disinilah fungsi buah pinggang, iaitu menapis darah kita. Darah yang telah bercampur dengan merkuri akan ditapis oleh buah pinggang, oleh sebab itu, buah pinggang akan mengalami kerosakan akibat daripada merkuri tersebut.
MUKA AKAN ROSAK AKIBAT PENGGUNAN TIMBANG KILO
Sekiranya pengguna berhenti menggunakan produk krim timbang kilo ini, muka pengguna akan mula rosak,dan mulai kusam dan berjeragat. Merkuri yang terkandung dalam produk ini akan menghakis kulit pengguna. Bila kulit mulai menipis, kulit tidak akan mendapat perlindungan dari UVA UVB. Sekiranya kulit tidak mendapat perlindungan daripada UVA dan UVB, ianya akan meningkatkan risiko kanser kulit.